Friday, July 11, 2014

Kuatkan roh

Advance sungguh bebudak sekarang, baru darjah 3 dah nak tau kisah berumahtangga...

Alkisah, sehabis ujian feqah petang ni, saya mencuri masa berbual-bual yang saya sulami dengan nasihat dan cerita-cerita teladan, tiba-tiba saya terlihat riak wajah aneh dan bisik-bisik sesama mereka, saling tolak-menolak.." Kau la tanya," sorang lagi.."Ala, kau la.."

" Apa ni, kenapa?" saya pun saspen jugak.

" Ala, nanti ustazah marah,"

" Kenapa, apasal plak nak marah?"

" Macam ni, ustazah, betul ke kalau orang dah kawin pastu dia kena 'buat maksiat' wajib sekali je, baru dapat pahala banyak,"  adussss.. ( sebenarnya 'buat maksiat' yang dimaksudkan ialah 'perhubungan suami-isteri )

" Mana awak tau ni?"

" Kawan saya cakap."

" Macam ni, korang tak payah belajar benda tu, belum sampai masanya, kalau kamu tau sekarang nanti kamu cuba pulak nak buat sebab syaitan akan dorong kamu, syaitan akan buat kamu seronok, suka nak cuba sesuatu yang baru, lebih baik kita belajar benda yang lebih berfaedah macam syurga, neraka, para nabi.."

" Haah kan, tapi ustazah aritu ada budak darjah satu kena tangkap dengan pengawas tengah peluk-peluk tak pakai baju dalam tandas,"

" MasyaAllah, betul ke?"

" Betul ustazah,"

Ya Allah, dahsyatnya gejala sosial yang melanda muda-mudi sekarang ni. Betapa berjayanya yahudi memainkan jarum halus tipu daya bagi merosakkan generasi muda Islam hari ini. Sehingga mereka menganggap takat cium mulut tu perkara biasa saja, MasyaAllah..

Masyarakat salafussoleh dulu jiwanya kuat, rohnya kuat sehingga Islam mampu menguasai 3/4 dunia. Pernah baca kisah Sultan Muhammad Al Fateh yang berjaya 'melayarkan' kapal di atas daratan? Pernah baca kisah Salahuddin Al Ayubi, Khalifah Umar Abdul Aziz, Umar Mukhtar? Mereka adalah tokoh-tokoh hebat dalam Islam yang membawa Islam ke mercu kegemilangan suatu masa dahulu, memaksa yahudi mencari titik lemah umat Islam, iaitu lemahkan roh mereka dan jalannya ialah melalui makanan dan perempuan....

Jadi adakah jalan penyelesaian bagi masalah kita hari ini?

Ada...kuatkan roh kita, caranya dengan solat malam, banyak merintih kepada Allah, banyakkan sedekah atau dengan kata lain berbuat sebanyak-banyak kebaikan yang diniatkan hanya untuk mencari redha Allah SWT.

Generasi muda kita? Kuncinya adalah kita sebagai ibubapa....
Kami didik mereka dengan mengenalkan Allah dan Rasul....

10 comments:

  1. berdepan dengan anak2 kecil kena pandai main peranan & guna psikologi.. kena banyak2 bersabar layan karenahnya..
    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dgn budak tadika tu, InsyaAllah masih terpelihara..
      Ni yg peringkat sekolah rendah, akal dah banyak, 'persoalan aneh' pun banyak...
      Delete
  2. nauzubilahiminzalik, saya dulu, emak tak bagi tengok video. Tv1 tv2; ok, sekarang dengan anak, saya cakap dengan orang, salam saja, bila dicium cuma dengan mama ja, orang lain
    salam ja. inshaAllah dia faham, semoga dilindungi.kan
    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..kuncinya kita sebagai ibubapa, kita nak anak-anak kita selamat dunia lebih-lebih akhirat..
      Delete
  3. pengaruh teknologi sgt cepat dan mudah . yg dibimbangi bila mereka didalam bilik bersama komputer atau handphone , kita tak tau apa yg mereka tgk . budak ni ada suka mencuba benda baru ... jadi , elakkan memberikan mrk telefon canggih , juga komputer berinternet jika tidak perlu ...
    ReplyDelete
    Replies
    1. percaya tak, akak dan suami tak penah beli telefon canggih utk anak-anak, tu yg anak akak tingkatan 3 ( entri tajuk doa abang ) sampai doa nak telefon acnggih..internet pun kami guna broadband je, cuma bimbang pengaruh kawan....moga Allah sentiasa pelihara mereka.
      Delete
  4. persekitaran banyak mempengaruhi mereka. lagi2 generasi y ni...banyak sangat soalannya. bukan macam zaman kita, terima apa yang diberi
    ReplyDelete
  5. memang betul sesangat, dan itulah yg sgt mbimbangkan, di rumah kita boleh kontrol, tapi di belakang kita,...MasyaAllah, takut sangat...
    ReplyDelete
  6. astaghfirullahala'zim... mmg menakutkan sekarang ni... Dari tv pun budak2 boleh terpengaruh... yang saya perasan rancangan tv sekarang ni tak malu2 nak tunjukkan kemesraan antara pelakon yang bukan muhrim... kalau channel org putih lagi la... jgn ckp... saya mmg dah tak bagi anak2 main tab... dan asyik tgk tv... biarlah mereka beraktiviti atau membaca buku... moga anak2 kita dijauhkan dari melakukan perkara yang tak baik... Amin...
    ReplyDelete
  7. mursyid saya kata udara pun dah diyahudikan, maknanya kita menyedut udara yg Allah bagi ni, tapi kita tak sedar pun, malah tak terlupa mensyukuri nikmat udara itu.

    memang yahudi dah target nak musnahkan generasi Islam.
    ReplyDelete

No comments:

Post a Comment

Search This Blog