Friday, July 11, 2014

Cerita semalam dengan anak-anak KAFA ku..

Hujan awal pagi camni, kalau tak kuat semangat mau 'tumbang' balik, tambah lagi anak-anak dah ke sekolah, tinggal Umar Zikri je yang masih tidur pulas (buat aku nak tumpang dua kaki ). Tapi tak boleh jadi, kalau layan mata banyakla kerja yang tak selesai jawabnya ( saya cuma kerja 3 hari dalam seminggu, hari ni cuti, tu yang bole update entri awal pagi camni, lagipun bila berblog, blogwalking hilanglah 'sakit mata' ni, hi hi ).

Ni semalam punya cerita (saya jarang bawak kamera, tu yang selalu takde gambar..ada cerita je ). Saya buat cerita merapu lagi, tapi still ada pengajaran, bukan merapu sembarangan tau.

Selepas zohor..." Nak dengar cerita tak ?"
" Nakkkk"
" OK, diam semua, tak nak dengar satu suara pun, kalau tak ustazah taknak cerita."

Diam.

" Camni, adala seorang bilal, tengah solat dalam masjid, datang seekor anjing jilat kaki dia, sah tak solat dia?"

" Haa, tak sah"
" Sah, sah"
" Aikkk, camana anjing tu boleh masuk dalam masjid?" ( ini yang nak dengar ni, sampai camtu diorang berfikir ) 
" Anjing tu tengok takde orang, dia masukla "
"Kan ada bilal tu, adala orang maknanya,"

Saya biarkan diorang berteka-teki seketika, biar suspen, tapi teknik ni jangan lama-lama, nanti diorang boring.

" Cepatla ustazah, sah ke tak sah?" ( kan dah kata )
" Sape teka sah?, sape teka tak sah?"

Sama ramai, ada yang angkat tangan dua kali, tak aci ye anak-anak.

" Jawabannya...SAH "

Yang jawah sah bersorak gembira.

" Nak tau tak sebab apa sah?"
"Kenapa ustazah?"
" Sebab anjing tu jilat kaki dia, bukan jilat kaki bilal tu."
" Laa, ustazah ni..."

Semalam diorang start exam KAFA, so taknak diorang tension sangat kenalah buat cerita ringan ke, kelakar ke.. sekian adanya.
Ni gambar lama, tapi selalunya time selesai solat atau tunggu waktu solat camnilah saya ambik peluang bercerita.

4 comments:

  1. Ha.. Ha.. IM pun terkena gak nih!
    ReplyDelete
  2. o yeke? tak penah dengar ke teka-teki ni? satu lagi cuba jawab..babi boleh makan tak? Bila saya tanya camni kat budak-budak tu, yang jawab tak, yang jawab ye..hujah dia boleh makan bila dah takde makanan lain, IM rasa apa jawabannya?
    ReplyDelete
  3. knor pun terkena juga...tak sabar nak baca habis..

    pandai ustazah bg mood anak2 ceria..
    ReplyDelete
  4. laa, terkena jugak...hi hi..sabo jelah kan

No comments:

Post a Comment

Search This Blog