Friday, July 11, 2014

Karangan budak umur 7 tahun

Masuk bulan Disember, bermakna 'bulan sakit' bagi mana-mana taska.Macam sakitnya musim tengkujuh ni. Kenapa?

Sebab ramai parents yang cutikan anak sementara pada bulan Disember, ada yang hantar anak balik kampung, ada yang mak atau mak mentua datang untuk jaga cucu atau yang ada anak yang lebih besar, maka kena bertanggungjawab jaga adik-adik masa cuti macam ni. Apa nak buat..

Tapi legalah juga bagi cikgu-cikgu yang bertugas, kalau tak..nak bercakap je kena highkan volume suara kadang-kadang sampai perit anak tekak..

Sebelum cuti baru ni ada berbagai aktiviti bagi mengisi masa lapang bebudak tu, antaranya tulis karangan dan salah satu karangan yang agak menarik bagi saya ditulis oleh Iman Irdina berumur tujuh tahun.

Kenapa saya sayangkan ibu saya..
Kerana sanggup lahirkan saya walau sakit perit dan sanggup tidak makan kerana mahu beri saya dan adik saya makan dan sanggup tahan derita kerana ketiadaan suami yang tersayang tetapi dia bersabar. Semoga dia bersabar dalam segala ujian dari Allah.

Karangan pendek ini tidak saya edit lansung. 



No comments:

Post a Comment

Search This Blog