Friday, December 19, 2014

Sambutan hari lahir penutup 2014

Meraikan hari lahir 5 orang anak tadika/KAFA hari ni. Nampak tu kek frozen, sponsor dari mama Nur Adriana Balqis  salah seorang  dari mereka yang genap 7 tahun betul-betul hari ni 19/12/2014. Happy birthday Adriana, moga jadi anak yang solehah.

Tuesday, December 16, 2014

Di Natural History Museum.

Bawak anak-anak taska/transit KAFA ke Natural History Museum, beralamat di Jaln Diplomati, presint 15, Putra Jaya. Boleh layari- http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-alam-ssmulajadi.

Malas nak citer panjang. Jom layan gambar.

Sunday, December 14, 2014

Ke mana tu?

Kat mana lagi, bawak anak dara berdua ni ke tepian tasik, hari ni 6 orang je ikut. Yang kecik-kecik tinggal kat taska. Diorang boleh main explorace kat sini. Saya? Duduk je sambil tengok langit biru, sambil menikmati  angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman...Subhanallah...( sebenarnya entri camni dah pernah tulis, tapi kali ni tulis lagi ntuk tidak menghampakan anak dara berdua ni, yang nak sangat enterframe kat sini, hi hi )

Thursday, December 4, 2014

Expo buah-buahan di Taman Warisan Putra Jaya.

Meluangkan masa sebentar, tengok-tengok apa yang ada. Tapi pada saya agak mahal, al mklum Putra Jaya ni mana ada yang murah. Durian musang king rm23 sekilo, buah dukong rm7 sekilo, ada gak jeruk mempelam asam boi rm8, mangga harum manis ( tak perasan harga berapa sekilo ), ada pasar bergerak yng menjual produk keluaran Agromas, lempuk durian ni dimasak selama 4 jam katanya.

So, sape berminat bole la luangkan masa bermula hari ni jumaat hingga ahad.

Wednesday, December 3, 2014

Khas untuk tatapan mama Hanna Damia.

Hanna Damia di ostrich park. Nasib baik tak kena gigit nyamuk. Alhamdulillah.

Lawatan ke ostrich park Semenyih.

Pogram cuti sekolah. Jika duduk i taska saja, mereka naik jemu juga, jadi cuti-cuti sekolah macam ni lebih-lebih lagi cuti panjang, kami akan mengadakan program keluar samada ke kawasan sekitar PutraJaya, atau lebih jauh seperti tahun lepas ke Taman Botani Shah Alam. Semalam kami ke Ostrich Park Semenyih.
Untuk tatapan parents di Taska/tadika NM Putra Jaya.

Sunday, November 30, 2014

Hari Keluarga Tadika saya 16/11/2014.

Gambar dah masuk pc, tapi takleh nak upload sebab broadband habis kuota, ni gambar-gambar dari tab, tapi tak banyaklah.

4 comments:

  1. Akak ralat sangat sebab penutup tadika tempat Alya belajar dibuat jumaat malam sedangkan akak kena keluar daerah, keja luar
    ReplyDelete
  2. Laaaa, malam, hr'mmmm..nak bagi cantik, ada lampu-lampu tu..
    Mmg rasa terkilan kan, mesti alya pun dah berlatih utk persembahan.
    ReplyDelete
  3. ni buat di dewan Putrajaya ke kak?
    ReplyDelete
  4. yea, di dewan serbaguna pr8, buat kat padang bimbang hujan.
    ReplyDelete

Inilah Dura.

Inilah Dura.

Ayahnya meninggal di Mekah, ketika usianya baru menjangkau tiga tahun ( sekarang umurnya 6 tahun ). Nama penuhnya Durratun Nafisah binti Zamri. Ada sorang lagi adik yang berumur 4 tahun.
Bijak budaknya, suka belajar, kalau saya tak datang bising dia.." Kenape cikgu tak datang?". Saya memang datang 3 kali seminggu je, tak mampu nak datang hari-hari.
Durratun Nafisah ( tudung merah )
Sekarang di bawah jagaan Rumah Amal Putra Jaya, bersekolah kat tadika saya. Rumah Amal ni baru ditubuhkan tahun ni, baru ada 4 orang budak, seorang anak yatim ( Dura ), 2 orang lagi anak asnaf dan seorang lagi mak dan ayahnya dah berpisah.

2 comments:

  1. sejuk wajah anak kecil tak berdosa ni..semoga Allah permudahkan jalan hidup Dura..
    ReplyDelete

Monday, August 25, 2014

Ke tepian tasik

Seronoknya adik-adik 4 tahun ni, cikgu Fema bawa jalan-jalan ke tepian tasik putra jaya, ambil angin luar, melihat keindahan alam ciptaan Allah yea adik-adik, tengok langit yang tergantung tanpa tali, dengar kicauan burung-burung, tengokla masing-masing tersenyum riang.

3 comments:

  1. wah seronok theyolls nampak gayanya...
    ReplyDelete
  2. Seronok tengok wajah ceria dorang.. ;)
    ReplyDelete
  3. kan, kita pun tumpang seronok tengok dorang seronok.:)
    ReplyDelete

Search This Blog