Thursday, July 17, 2014

Nasi goreng..oh..nasi goreng.

Petang tadi di taska, menu petangnya kek pisang. Tapi ramailah yang taknak makan. Dahlah makan tengahari pun taknak, petang mulalah lapar, mulalah tunjuk muka sedih, " Ustazah, taknak kek, nasi tengahari tadi ada lagi tak?" Memang diorang manja dengan saya, ada masa saya layan, tapi kena bertempatla..bila tiba bab solat, saya pegang rotan juga. ( sekadar menakutkan, al maklum,masing-masing liat je bila nak solat )

Kesian pulak tengok muka monyok Yusrina, saya serahkan tanggungjawab memantau solat asar kepada sorang lagi guru. Saya bergegas ke dapur, nasi tengahari masih berbaki, tapi lauknya dah habis. " Ok juga ni..boleh buat nasi goreng." Telur dua biji dah memadai, perencah nasi goreng segera, kicap, sos tiram..jadilah buat alas perut engkorang yea...

Dah bergaul semua bahan dalam kuali, saya masukkan garam.." Eh! tak masin ni.." Saya tambah sikit lagi garam. Tiba-tiba masuk kakak yang ditugaskan masak kat situ, " Eh! semut .." dia terjerit kecil lalu membuang semut di dalam nasi goreng saya, saya pun beritahu nasi goreng saya tak masin, padahal dah masuk garam banyak. Dia pun belek plastik putih berisi garam,..." La, ini gula halus untuk tabur kat donat ni.." katanya merenung muka saya. " Haaaa..padanlah, napela letak plastik gula kat sini, ingatkan garam.." Pecah dapur dengan gelak tawa kami berdua.

Tapi Yusrina makan juga 'Nasi Goreng Manis', dah lapar, tula sape suruh taknak makan tengahari..





Yusrina- baju merah.

8 comments:

  1. nak pecah perut tahan gelak.. camner rasanya?
    ReplyDelete
    Replies
    1. 'sedapppp', cubala resepi tu..ha ha
      Delete
  2. kesian mkn jugalah ye..sesekali mkn nasi goreng manis...
    ReplyDelete
  3. habis jugalah sepinggan, dah lapar...
    ReplyDelete
  4. tu lakan,sedapnya nasi goreng ma, lie kat tepi dapur tu ada cili jeruk ma yang last, lie amikla, masih elok tu, kak g baru tahu masa balik bulan 12 tahun lepas, kak g lupa nak amik aritu
    ReplyDelete
  5. Haha nasi goreng manis. Rajin akak layan dorang nak makan nasi ek.

    -wina1979-
    ReplyDelete
  6. tula, tak sampai hati tengok muka sedih dorang tu, sebenarnya nak cepat sampai tak sempat nak belek plastik garam yg betul-betul terletak tepi kuali, sebab akak balik tumpang org pukul 5, tu yang main capai jer...
    ReplyDelete

Sori..ustazah tersilap fakta la Maisarah..

Semalam, cerita-cerita pasal musim panas, kemarau, takde air di KAFA, saya ingatkan mereka supaya jimatkan penggunaan air dan pastikan paip air ditutup semula selepas diguna. Saya ceritakan juga pasal kebakaran hutan di belakang rumah saya, akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah orang yang membuat pembakaran terbuka di musim panas begini. Bukan saja di KAFA kena jimatkan air, tapi tak kira di mana, sehingga hujan dijangka turun akhir mac ini. Mereka melopong...." Hah! habislah kita...."

" Ha! tula korang, masa takde kesusahan semua lupa, sekarang Allah nak uji kita, Dia tarik sekejap nikmat air yang selalu kita bazirkan."

" Eh! saya tak ustazah, dia..dia.." Mulalah mereka saling salah menyalahkan.

" Tak payah nak cari salah orang, cari salah sendiri je.."

" Ustazah, air laut kan banyak, kenapa Allah tak amik air laut buat air hujan?" Maisarah dengan soalan cepumasnya.

" Ha..tula nak menunjukkan betapa Maha Berkuasanya Allah, Dia amik air tawar je untuk jadikan air hujan, menunjukkan Maha Baiknya Allah kepada kita semua, kalau Allah amik air laut untuk jadikan air hujan, habislah mati semua pokok."

"Ooo, air lautkan masin.." nampaknya mereka berpuas hati dengan jawaban saya..

Cuma saya je yang tak berpuas hati dengan jawaban yang saya berikan itu. Hmmm..ye ke? saya sebenarnya dah lupa pasal proses kitaran air untuk jadi awan, hujan tu,..almaklum saje..dah tua...kih..kih...so rasanya kena tanya pakar rujuk saya, dulu ada kakak, dia terer pasal sains ni, dia penah tanya saya, kenapa orang rendam peria dengan garam untuk hilangkan pahit, sebab pahit tu sifatnya alkali, rendamlah dengan limau nipis, supaya neutral, alkali lawan asid, "Entahle..tu petua orang tua-tua ( rindu kakak ). So pakar rujuk kedua punya jawaban ( larling sayala pakar rujuk tu )

" Apalak macam tu, semuala tak kira air laut ke, air sungai, yang terpeluwap tu airnya je, garamnya tak..."

" Ooo, eek..camtu tu ke, dah lupa la.."

Nampaknya saya kenala perbetulkan balik salah maklumat saya tu kat diorang, he he..

Hari ni saya cuti, banyak nak kena buat ni. Selangor dah mula buat catuan air start hari ni. So, saya nak kena basuh semua baju kotor, tadah air untuk stock selama selang dua hari, dan semualah yang melibatkan penggunaan air adanya...InsyaAllah panjang umur, kang tengahari sikit saya update maklumat terkini senarai lokasi catuan air di Selangor.

2 comments:

  1. Hihi... ustazah dah lupa masa belajar science dululah Maisara:)

    Ujian Allah berikan dari satu ke satu tapi nampaknya kita masih tetap lalai. Moga tidak ada lagi yg lebih teruk melanda kan Azi. Lihatlah dulu banjir sikit punya hebat, kemudian sejuk punyalah tak terkata dan kini panas pula melanda. Moga semua ini memberi keinsafan kita semua bahawa kita tak punya apa andai tiada kasih dari NYA..
    ReplyDelete
  2. MasyaAllah..jika kita mampu cungkil hikmah setiap kejadian itu, bahawa setiap ujianNya itu adalah tanda Kasih-sayangNya, tanda Dia masih mahu kita kembali kepadaNya, sebagai penghapusan dosa di atas kelalaian kita...Subhanallah...Maha Baiknya Dia, semoga dijauhkan kita dari bersangka buruk kepadaNya...

    Tula kzakie..budak-budak ni kadang pertanyaannya di luar jangkaan kita, cam haritu, sorang anak murid umur 4 tahun, tanya "Allah duduk kat mana?"

Search This Blog