Monday, August 25, 2014
Friday, August 15, 2014
Berlatih sukan
Khas untuk tatapan parents di Nur Muhammad Putra Jaya, anak-anak sedang berlatih sukaneka untuk acara akhir tahun nanti.Bulan Ramadhan cikgu-cikgu tak larat sebab nak kena jerit-jerit :-)
Jenuh juga nak disiplinkan semula...lari, cuit kawan, pusing kanan, lari gilir-gilir habis lari semua, sabar jelah...
Memang nak kena banyak sabar, kerja mendidik ni tak ramai orang suka buat, tak caye tanya cekgunorazimah (CN), he he
Memang nak kena banyak sabar, kerja mendidik ni tak ramai orang suka buat, tak caye tanya cekgunorazimah (CN), he he
Sunday, August 10, 2014
Jamuan raya pelajar Tadika.
![]() |
Ambil gambar dulu sebelum semuanya jadi comot, bebudak ni makan sambil nyembangnya ngalahkan orang tua, kang nak suap ke mulut suap ke baju... |
Adik-adik tadika ni tak banyak kerenah, apa yang disajikan itulah yang dimakan tanpa banyak soal,
tapi jaranglah dapat makan nasi tomato kalau hari-hari biasa, haaa...bila dijamu dengan nasi tomato, bertambah-tambah makannya, suka sangat diorang dengan nasi tomato rupanya.
Jamuan raya KAFA Nur Muhammad.
Sebelah pagi jamuan pelajar tadika, sebelah petang ada jamuan untuk pelajar KAFA pula, lagi meriah sebab diorang dah pandai makan macam-macam, pakai baju melayu lengkap bersampin, yang perempuan plak dah pandai pakai tudung lilit-lilit cam artis, haiii la anak-anak, ustazah pun pakai tudung sarung je.
![]() |
Juadah raya, ada mee goreng basah sponsor dari parents, ada biskut raya, nasi impit kuah kacang jadi tumpuan, sedapppp...budak2 puji, kembang lubang hidung saya, sebab saya yang masak, ha ha |
![]() |
Masing-masing memperagakan baju raya, sambil buat persembahan lagu raya. |
![]() |
Sedang khusyuk menghayati persembahan lagu raya dari kawan-kawan sambil rakam untuk kenangan. |
![]() |
Pagi tadi adik-adik 4 tahun makan sendiri, petang makan disuap oleh cikgu Fema kesayangan diorang, takleh cikgu Fema tu hilang, sibuk tanya cikgu Fema mana, cikgu Fema mana... |
Thursday, August 7, 2014
semalam di tadika..
Wajah ceria anak-anak 4 tahun, comel kan...seronok dapat jumpa kengkawan semula lepas seminggu bercuti...
4 comments:
Wednesday, August 6, 2014
Cerita mereka lagi..
Mereka ni memang tak tau penat agaknya, kami yang dan berumur ni ( mengaku pun...) memang terasa penatnya. Diorang seronokla sangat dapat lari sana-sana kat Dataran Masjid Putra Jaya pagi tadi.
Petangnya tetapla mereka tuntut buat aktiviti, pikir punya pikir, apa ye naik suruh diorang buat sementara saya dapat lelap at least 15 minit. Yessss...saya suruh diorang buat komik mereka sendiri. Tapi sampaila saya publishkan entri ni, komik diorang belum juga siap-siap. Ha ha ha...
4 comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)
3 comments: