Friday, December 19, 2014

Sambutan hari lahir penutup 2014

Meraikan hari lahir 5 orang anak tadika/KAFA hari ni. Nampak tu kek frozen, sponsor dari mama Nur Adriana Balqis  salah seorang  dari mereka yang genap 7 tahun betul-betul hari ni 19/12/2014. Happy birthday Adriana, moga jadi anak yang solehah.

Tuesday, December 16, 2014

Di Natural History Museum.

Bawak anak-anak taska/transit KAFA ke Natural History Museum, beralamat di Jaln Diplomati, presint 15, Putra Jaya. Boleh layari- http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-alam-ssmulajadi.

Malas nak citer panjang. Jom layan gambar.

Sunday, December 14, 2014

Ke mana tu?

Kat mana lagi, bawak anak dara berdua ni ke tepian tasik, hari ni 6 orang je ikut. Yang kecik-kecik tinggal kat taska. Diorang boleh main explorace kat sini. Saya? Duduk je sambil tengok langit biru, sambil menikmati  angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman...Subhanallah...( sebenarnya entri camni dah pernah tulis, tapi kali ni tulis lagi ntuk tidak menghampakan anak dara berdua ni, yang nak sangat enterframe kat sini, hi hi )

Thursday, December 4, 2014

Expo buah-buahan di Taman Warisan Putra Jaya.

Meluangkan masa sebentar, tengok-tengok apa yang ada. Tapi pada saya agak mahal, al mklum Putra Jaya ni mana ada yang murah. Durian musang king rm23 sekilo, buah dukong rm7 sekilo, ada gak jeruk mempelam asam boi rm8, mangga harum manis ( tak perasan harga berapa sekilo ), ada pasar bergerak yng menjual produk keluaran Agromas, lempuk durian ni dimasak selama 4 jam katanya.

So, sape berminat bole la luangkan masa bermula hari ni jumaat hingga ahad.

Wednesday, December 3, 2014

Khas untuk tatapan mama Hanna Damia.

Hanna Damia di ostrich park. Nasib baik tak kena gigit nyamuk. Alhamdulillah.

Lawatan ke ostrich park Semenyih.

Pogram cuti sekolah. Jika duduk i taska saja, mereka naik jemu juga, jadi cuti-cuti sekolah macam ni lebih-lebih lagi cuti panjang, kami akan mengadakan program keluar samada ke kawasan sekitar PutraJaya, atau lebih jauh seperti tahun lepas ke Taman Botani Shah Alam. Semalam kami ke Ostrich Park Semenyih.
Untuk tatapan parents di Taska/tadika NM Putra Jaya.

Search This Blog